KENALI SEKOLAH

 

Nama Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (Tahfiz Model Ulul Albab)

 

Matlamat Sekolah

Melahirkan pelajar bersahsiah terpuji, cemerlang akademik, kokurikulum dan kepimpinan berlandaskan Falsafah Pendidikan kebangsaan.

 

Objektif Sekolah

1- Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.

2- Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.

3- Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.

4- Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

5- Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.

 

Falsafah Sekolah

Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah merupakan suatu usaha yang berterusan ke arah penghayatan ilmu, iman dan amal secara syumul untuk melahirkan generasi Al-Quran yang berilmu, beramal soleh, berakhlak mulia, berkemahiran serta berkeupayaan berijtihad membangunkan agama, bangsan dan negara berpanduakan Al-Quran dan As-Sunnah. 

 

Misi dan Visi Kementerian Pendidikan Malaysia

Misi

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

 

Visi

 "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

 

Misi dan Visi Sekolah

Misi

"Melahirkan Modal Insan yang Syumul Melalui pendidikan Berkualiti Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan"

Visi

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah Menjadi Sekolah Gemilang Menjelang Tahun 2020"