• Published: Monday, 29 January 2018 05:45
  • Written by Administrator
  • Hits: 146

28 Januari 2018 | Jelajah Aqidah SPI | Dewan SMK Agama Kedah

Sektor Pendidikan Islam (SPI) Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dalam usahanya memantapkan kefahaman pelajar terhadap Islam mengambil inisiatif mengadakan Jelajah Aqidah ke sekolah-sekolah seluruh negeri. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah merupakan destinasi pertama kumpulan Jelajah Aqidah ini. . Tuan Haji Mohamad Zaki bin Husin Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dalam ucapannya melahirkan harapan besar agar anak-anak mempersiapkan diri dengan ilmu, iman dan amal sebagai benteng ampuh dalam menghadapi cabaran serangan aqidah yang melanda masyarakat kini, khususnya generasi remaja.

Sesi perkongsian Ilmu bersama Ustaz Abdullah bin Din dan Da'i Afiqah membicarakan berkaitan kekuatan aqidah dalam menghadapi serangan pemikiran dan budaya negatif. Da'i Afiqah selaku pembicara pertama mengajak pelajar-pelajar berkongsi pengalaman pahit remaja-remaja yang terlanjur ke kancah zina akibat pergaulan bebas. Kehadiran Ustaz Abdullah bin Din selaku pembicara kedua mengetuk minda pelajar berkaitan serangan pemikiran dan aqidah yang dibawa oleh golongan-golongan tertentu bertujuan meyesatkan umat Islam. Situasi sebegini sudah tentulah menuntut generasi remaja kini memperkukuhkan pegangan agama melalui aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Sesungguhnya siri Jelajah Aqidah ini memberi satu impak baru dalam menyediakan anak-anak pelajar dengan kemantapan ilmu dan iman serta amal dalam melayari hidup yang semakin mencabar ini. Jutaan terima kasih diucapkan buat pasukan Jelajah Aqidah SPI JPN Kedah ini.