• Published: Friday, 15 December 2017 15:40
  • Written by Administrator
  • Hits: 233


Perkhemahan KRS Musleh Peringkat Antarabangsa

9-14 Disember 2017 | Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Selangor
Seramai empat orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK) iaitu Muhammad Aiman Bin Abdul Rahman, Abdul Wafi Bin Bukhari, Zuhairah Binti Mohamad Tarmizi dan Nur Anis Binti Mat Dahari telah terpilih mengikuti Kem Kadet Remaja Sekolah (KRS) Peringkat Antarabangsa yang diadakan di Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Selangor. Program tahunan yang dikenali sebagai Perkhemahan Internasional KRS Musleh 2017 (Print'17) ini menyaksikan penyertaan Sekolah-sekolah Agama Swasta dan Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di samping penyertaan sekolah-sekolah dari negara jiran Thailand dan Indonesia. Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) mengambil inisiatif menganjurkan perkhemahan ini yang antara lainnya bertujuan menjalin tali silaturahim, persaudaraan dan mengukuhkan persatuan dan kesatuan sebagai jati diri ummah sejagat. Cikgu Nazroh selaku guru pengiring amat berpuas hati dengan program ini dan melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada pihak KRS Negeri Kedah, khususnya Cikgu Zaharuddin yang sudi memilih peserta-peserta SMKAK untuk mengikuti perkhemahan ini.

Program yang berjalan selama enam hari itu telah dirasmikan penutupannya oleh YB Dato' P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan iaitu Timbalan Menteri Pendidikan 1. Semoga program sebegini dapat memberi seribu manfaat buat bekalan peserta SMKAK ini dalam membina jati diri pelajar muslim berwibawa. 

Tahniah buat pasukan KRS Negeri Kedah kerana berjaya menunjukkan pencapaian cemerlang dengan menduduki Tempat Kedua Pertandingan Kawad Kaki Puteri dan Orienteering Berganti-ganti Puteri serta Tempat Kedua Pertandingan Kawad Kaki Putera