• Published: Thursday, 14 December 2017 15:37
  • Written by Administrator
  • Hits: 397

Majlis Meraikan Pelajar PT3 2017

14 Disember 2017 | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK) meraikan semua pelajar yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2017. Kejayaan sekolah mengekalkan pencapaian 100 peratus lulus dalam PT3 ini akan terus memberi keyakinan dalam memikul amanah mendidik pelajar-pelajar sebagai generasi peneraju kepimpinan negara pada masa hadapan. Pencapaian "A" bukan sebagai ukuran dalam mengkategori pencapaian pelajar, namun ia merupakan kayu pengukur dalam menilai keberkesanan medium penyampaian sekolah berdasarkan aset dan kemahiran sedia ada. Hasil penilaian ini akan dijadikan titik tolak dalam menterjemahkan hasrat membina keterampilan pelajar untuk mendepani cabaran masa kini.