• Published: Wednesday, 29 November 2017 08:49
  • Written by Administrator
  • Hits: 299

 

Kem Hafazan Al-Quran Cuti Sekolah

26 - 29 November 2017 | Surau dan Masjid Sekitar Negeri Kedah
"Tiada Istilah cuti bagi seorang guru..". Kenyataan ini adalah gambaran terhadap pengorbanan guru-guru Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah yang sanggup melupakan masa cuti yang sepatutnya dihabiskan bersama anak-anak dan isteri masing-masing. Bagi mereka musim cuti bukanlah masa untuk berehat, malah merupakan kesempatan untuk merebut bonus ganjaran pahala yang dijanjikan Allah Azza Wa Jalla kepada Ahlul Quran. Mereka tidak akan tidur lena selagi anak-anak didik mereka tidak menguasai hafazan Al-Quran seperti yang dirancang.

Barisan Guru-guru Ulul Albab ini yang diketuai oleh Al-fadhil Ustaz Mohd Afandi bin Mohd Kasim berkorban masa cuti mengadakan Kem Hafazan Al-Quran. Kem yang diadakan di kawasan sekitar Alor Setar, Kubang Pasu, Jitra dan Sungai Petani ini berjalan lancar berkat kerjasama pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid dan surau, disamping sokongan yang memberangsangkan daripada waris-waris pelajar. Tahniah buat guru-guru dan anak-anak pelajar atas daya usaha memartabatkan Al-Quran dalam diri dan masyarakat. Semoga kalian mendapat keberkatan dalam rezeki, keluarga dan ketenangan hidup.

 
Masjid Sharifah Fatimah, Jitra - Us. Mohd Afandi   Masjid Al-Bukhari, Alor Setar - Us. Mohd Hafiz
 
Us Najmi & Us Rashidi -Masjid Muzaffar Shah Sg Petani   Us Yahya - Surau Taman Kelisa
 
Usth Sumayyah - Kg. Bukit Acheh, Merbok   Us Rahman & Usth Nadia-Masjid Al-Hasanah,Tmn Rakyat