PENGUNJUNG

045368
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
377
142
519
44070
3360
2792
45368

muat turun

galeri huffaz

Anugerah Pembestarian Sekolah-sekolah KPM Peringkat Negeri Kedah 2017

6 NOVEMBER 2017 - DEWAN ALFARABI,BTPN KEDAH
Ustaz Badrulhanif bin Sulaiman Al-hafiz dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah telah memenangi Naib Johan Anugerah Guru Penyelaras ICT Cemerlang Negeri Kedah bagi tahun 2017. Majlis Penganugerahan yang diadakan di Dewan Alfarabi, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah (BTPN Kedah) tersebut telah menyaksikan persaingan sengit antara penyelaras-penyelaras ICT seluruh Negeri Kedah bagi merebut anugerah berprestij itu dalam kecemerlangan mengendalikan prasarana ICT sekolah. 

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah Dato' Norsabrina binti Mohd Noor yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia.