• Published: Monday, 27 November 2017 15:12
  • Written by Administrator
  • Hits: 158

 

SMKA Kedah Juara Piala Integriti 2017 

11 NOVEMBER 2017 - SMKA YAN, KEDAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Integriti Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan. Kejohanan yang julung kali diadakan itu disertai oleh empat buah  sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan sebagai tuan rumah, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah.

Ustaz Ahmad Assin bin Mat Salleh selaku Pengurus Pasukan mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Integriti dan Tadbir Urus (Jitu) Negeri Kedah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan atas penganjuran yang berprestij ini. 

Jurulatih pasukan bawah 14 tahun ini, iaitu Cikgu Mohd Nasrudin bin Ismail gembira dengan kemenangan ini dan bertekad untuk mengulangi kejayaan pada kejohanan-kejohanan akan datang. Apapun kalungan tahniah buat pemain-pemain junior ini atas kesungguhan mereka sehingga dinobatkan sebagai juara Piala Integriti 2017.