• Published: Monday, 20 November 2017 02:25
  • Written by Administrator
  • Hits: 245

SMKA Kedah Naib Johan Hafazan Kebangsaan

18 NOVEMBER 2017 - SMKA DATO' HJ. ABU HASSAN BIN HJ. SAIL, PEDAS, NEGERI SEMBILAN
Anak-anak Tahfiz Ulul Albab Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKA Kedah) berjaya meraih tempat kedua dalam acara hafazan Majlis Ihtifal Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah-sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan yang lalu. Majlis Ihtifal yang diadakan buat julung kalinya itu diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Hj. Abu Hassan bin Hj. Sail, Pedas, Negeri Sembilan yang disertai oleh semua sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (Tmua) Kementerian Pendidikan Malaysia. Dua wakil SMKA Kedah telah berjaya menduduki tempat kedua dalam dua kategori hafazan yang disertai. Tahniah buat anak-anak pelajar dan guru-guru yang membimbing mereka.